nafsu : Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
akal : Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
nafsu : Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang sana sini..
akal : Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
nafsu : Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Sape tahu dulu kau lagi jahat nak mampos.
akal : Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
nafsu : Walau kami pakai seksi tapi hati kami tetap baik.
akal : Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)
nafsu : Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok lahh !
akal : Adakah kau menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak seterusnya tidak melihat auratmu?
nafsu : Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
akal : Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kita ya ukhti.
nafsu : Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa penuh.
akal : ya ukhti ,apakah kamu yakin ibadatmu diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)
nafsu : Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak pernah nak susahkan hidup orang lain !!!
akal : Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.(Nota: Gi baca 4 Golongan Lelaki dibawa wanita ke neraka)
nafsu : Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH. kau jangan masuk campur .
akal : Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)
nafsu : Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
akal : Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)
nafsu : Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
akal : Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
nafsu : Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
akal : Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. boleh?
nafsu : Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
akal : Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam....
akal : Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam....