Monday, September 10, 2012

jatuh cinta



Ya Allah ,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta.
Aku mohon kau tunjukkan jalan,
Agar kau tunjukkan tuntutan yang aku perlu lakukan,
Jauhkan lah aku dari kemaksiatan,
Jauhkan lah aku daripada perkara mungkar,
Agar aku dapat menjaga diri.



Ya Rabb ,
Jika ini bukan masanya , jika ini belum saatnya
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Maka selamatkan lah kami
Jarakkan kami , pisahkan kami.
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak ifffah dan izzah,
Agar kami tidak mengundang murka-Mu,
Agar kami lebih dapat menjaga hati.
Agar hati menjadi
yang diredhai.



Ya Rabbal Izzati ,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buat kami.
Berikan lah insan yang terbaik buat kehidupan kami,
Insan yang mampu memimpin
ke syurga-Mu.



Ya Allah ,
Jika telah ditakdir aku jatuh cinta,
Cintakan lah aku pada seseorang 
yang melabuhkan cintanya pada-Mu.
Agar bertambah kekuatanku 
Mencintai-Mu.



Ya Muhaimin ,
Jika aku telah ditakdir jatuh cinta,
Izinkan lah aku menyentuh hati
 seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu.
Agar aku tidak jatuh ke jurang selain cinta-Mu.
Jadikan lah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilang agama yang ada,
Maka hilangkan lah cinta padanya.
Kerana cinta yang suci itu 
tidak buta.



Ya Kareem , 
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling dari-Mu.
Dan jika aku rindu,
Rindukan lah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid
 di jalan-Mu.

.....Amin...